Tuesday, 21 April 2015

PULUT MANGGA HARUM MANIS


gambar sekadar hiasan

Tentu agak pelik jika pulut dimakan dengan buah-buahan. Selalunya kita sering dengar pulut dimakan bersama durian tapi bagi yang tinggal dibahagian utara semenanjung malaysia perkara itu dianggap biasa terutamanya di negeri Perlis.

gambar sekadar hiasan

Di perlis pulut dimakan bersama berbuahan yang manis dan lembut seperti, mangga, pisang, durian, ciku dan lain-lain. Makanan ini dikenali sebagai pulut lemak buah-buahan. Pulut digaul dengan santan kemudian diratakan sebelum dimakan dengan buah-buahan.

Lumrahnya dalam penghujung bulan April hingga Mei setiap tahun ketika musim mangga harum manis permintaan terhadap makanan pulut lemak harum manis menjadi buruan bagi mereka yang berkunjung di negeri Perlis. Gabungan rasa pulut yang lemak dan mangga harum manis pasti memukau mereka yang menikmatinya. Makanan ini dianggap unik kerana hanya boleh dirasai ketika musim mangga harum manis sahaja.


Monday, 20 April 2015

UDANG LIPAN/ UDANG KETAK

gambar sekadar hiasan

Bagi sesiapa yang pernah mengenali udang lipan tentu suatu perkara biasa, tetapi bagi orang yang tidak pernah melihat atau menikmati udang lipan pasti dianggap pelik. ini kerana rupa bentuk udang ini menyerupai lipan dan menjadi penyebab spesies udang ini dipanggil 'udang lipan'.



Rasa udang ini manis dan enak. Rasanya seakan isi ketam. Bagi mereka yang pernah mencuba sudah pasti telur udang lipan yang menjadi kegemaran mereka kerana keenakan rasanya. Telur udang lipan boleh dilihat pada bahagian belakang udang tersebut yang berwarna oren.

Berhati hati ketika makan kerana kulitnya yang agak keras boleh menyebabkan tangan terluka. Jadi, gunakan gunting untuk memotong bahagian tepi udang tersebut sebelum makan.

Pada suatu ketika dahulu udang lipan hanya dijadikan bahan buangan sekelas dengan baja ikan tetapi sekarang permintaan terhadapnya tinggi terutamanya bagi negara China dan Hong Kong. jadi tidak hairanlah jika udang yang bersaiz 200-300gram seekor boleh mencecah RM300/kg.

Jom kita belajar cara-cara memasak udang lipan

CONTOH RESEPI UDANG LIPAN


BBQ/Grilled Udang Lipan

Bahan-bahan
3 ekor udang Lipan
Garam
Serbuk Lada Hitam
Minyak zaitun
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara-cara
1. Belah udang kepada 2 bahagian.
2. Taburkan garam & lada hitam ke atasnya. Ratakan.
3. Curahkan minyak zaitun & jus limau nipis.
4. Bakar/grill hingga masak.

UDANG LIPAN GORENG

Bahan-bahan
1 kg Udang Lipan
5 ulas bawang putih
1 incu halia
4 sudu tepung gandum (nak bagi garing n rangup)
garam
serbuk kunyit
1 kg minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Siang dan basuh udang lipan. ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia
3. Gaulkan udang dengan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. taburkan tepung gandum. gaul kan.
4. goreng dalam minyak tenggelam hingga garing

Thursday, 16 April 2015

HARUM MANIS PERLIS

gambar sekadar hiasan

Sesiapa yang berkunjung ke negeri perlis pasti menantikan kedatangan musim mangga harum manis yang menjadi mercu tanda tarikan kunjungan ke sana. Daya tarikannya yang tinggi melonjak negeri Perlis Indera Kayangan sebagai pengeluar mangga harum manis yang utama

gambar sekadar hiasan


Terbukti apabila menjadi buah mangga paling mahal di negeri tersebuat. Ini disebabkan kualiti rasa dan aroma yang memukau sesiapa sahaja yang menikmatinya. Pihak kerajaan negeri dan Jabatan Pertanian Negeri Perlis serta Agensi-Agensi Kerajaan lain giat mempromosikan produk tersebut secara lebih meluas.

Harga sepinggan untuk pulut harum manis diantara RM5.00 sehingga RM7.00. Manakala jus harum manis diantara RM2.50-3.50 segelas. Mangga harum manis juga enak dimakan begitu sahaja.

gambar sekadar hiasan

Bagi sesiapa yang ingin membeli mangga harum manis harga dianggarkan diantara RM15.00 sehingga RM30.00 sekilo mengikut gred. Sebab utama harga mangga harum manis menjadi agak mahal kerana pokok hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu diantara penghujung bulan April hingga Mei sahaja.

Ketibaan mangga sememangnya dinantikan oleh semua orang yang mengemarinya. Antara tempat yang menjadi pilihan ialah Ladang Harum Manis Bukit Bintang, Sg. Batu Pahat, Kangar, Perlis. Ia juga boleh didapati ditempat-tempat lain dan dijual ditepi-tepi jalan di sepanjang Negeri Perlis.

Sumber: YoU Tube
harum manis