Tuesday, 21 April 2015

PULUT MANGGA HARUM MANIS


gambar sekadar hiasan

Tentu agak pelik jika pulut dimakan dengan buah-buahan. Selalunya kita sering dengar pulut dimakan bersama durian tapi bagi yang tinggal dibahagian utara semenanjung malaysia perkara itu dianggap biasa terutamanya di negeri Perlis.

gambar sekadar hiasan

Di perlis pulut dimakan bersama berbuahan yang manis dan lembut seperti, mangga, pisang, durian, ciku dan lain-lain. Makanan ini dikenali sebagai pulut lemak buah-buahan. Pulut digaul dengan santan kemudian diratakan sebelum dimakan dengan buah-buahan.

Lumrahnya dalam penghujung bulan April hingga Mei setiap tahun ketika musim mangga harum manis permintaan terhadap makanan pulut lemak harum manis menjadi buruan bagi mereka yang berkunjung di negeri Perlis. Gabungan rasa pulut yang lemak dan mangga harum manis pasti memukau mereka yang menikmatinya. Makanan ini dianggap unik kerana hanya boleh dirasai ketika musim mangga harum manis sahaja.


Monday, 20 April 2015

UDANG LIPAN/ UDANG KETAK

gambar sekadar hiasan

Bagi sesiapa yang pernah mengenali udang lipan tentu suatu perkara biasa, tetapi bagi orang yang tidak pernah melihat atau menikmati udang lipan pasti dianggap pelik. ini kerana rupa bentuk udang ini menyerupai lipan dan menjadi penyebab spesies udang ini dipanggil 'udang lipan'.



Rasa udang ini manis dan enak. Rasanya seakan isi ketam. Bagi mereka yang pernah mencuba sudah pasti telur udang lipan yang menjadi kegemaran mereka kerana keenakan rasanya. Telur udang lipan boleh dilihat pada bahagian belakang udang tersebut yang berwarna oren.

Berhati hati ketika makan kerana kulitnya yang agak keras boleh menyebabkan tangan terluka. Jadi, gunakan gunting untuk memotong bahagian tepi udang tersebut sebelum makan.

Pada suatu ketika dahulu udang lipan hanya dijadikan bahan buangan sekelas dengan baja ikan tetapi sekarang permintaan terhadapnya tinggi terutamanya bagi negara China dan Hong Kong. jadi tidak hairanlah jika udang yang bersaiz 200-300gram seekor boleh mencecah RM300/kg.

Jom kita belajar cara-cara memasak udang lipan

CONTOH RESEPI UDANG LIPAN


BBQ/Grilled Udang Lipan

Bahan-bahan
3 ekor udang Lipan
Garam
Serbuk Lada Hitam
Minyak zaitun
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara-cara
1. Belah udang kepada 2 bahagian.
2. Taburkan garam & lada hitam ke atasnya. Ratakan.
3. Curahkan minyak zaitun & jus limau nipis.
4. Bakar/grill hingga masak.

UDANG LIPAN GORENG

Bahan-bahan
1 kg Udang Lipan
5 ulas bawang putih
1 incu halia
4 sudu tepung gandum (nak bagi garing n rangup)
garam
serbuk kunyit
1 kg minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Siang dan basuh udang lipan. ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia
3. Gaulkan udang dengan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. taburkan tepung gandum. gaul kan.
4. goreng dalam minyak tenggelam hingga garing

Thursday, 16 April 2015

HARUM MANIS PERLIS

gambar sekadar hiasan

Sesiapa yang berkunjung ke negeri perlis pasti menantikan kedatangan musim mangga harum manis yang menjadi mercu tanda tarikan kunjungan ke sana. Daya tarikannya yang tinggi melonjak negeri Perlis Indera Kayangan sebagai pengeluar mangga harum manis yang utama

gambar sekadar hiasan


Terbukti apabila menjadi buah mangga paling mahal di negeri tersebuat. Ini disebabkan kualiti rasa dan aroma yang memukau sesiapa sahaja yang menikmatinya. Pihak kerajaan negeri dan Jabatan Pertanian Negeri Perlis serta Agensi-Agensi Kerajaan lain giat mempromosikan produk tersebut secara lebih meluas.

Harga sepinggan untuk pulut harum manis diantara RM5.00 sehingga RM7.00. Manakala jus harum manis diantara RM2.50-3.50 segelas. Mangga harum manis juga enak dimakan begitu sahaja.

gambar sekadar hiasan

Bagi sesiapa yang ingin membeli mangga harum manis harga dianggarkan diantara RM15.00 sehingga RM30.00 sekilo mengikut gred. Sebab utama harga mangga harum manis menjadi agak mahal kerana pokok hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu diantara penghujung bulan April hingga Mei sahaja.

Ketibaan mangga sememangnya dinantikan oleh semua orang yang mengemarinya. Antara tempat yang menjadi pilihan ialah Ladang Harum Manis Bukit Bintang, Sg. Batu Pahat, Kangar, Perlis. Ia juga boleh didapati ditempat-tempat lain dan dijual ditepi-tepi jalan di sepanjang Negeri Perlis.

Sumber: YoU Tube
harum manis



Wednesday, 15 April 2015

PAHANG VS SOUTH CHINA (AFC CUP 2015)

15/04/2015 Pahang tewas (1-3) kepada kelab South China di Stadium Mongkok, Hong Kong. Kemenangan itu adalah yang keempat bagi pasukan South China manakala kekalahan yang yang kedua bagi Pahang.



Pahang Vs South China di Stadium Mongkok
Sumber: YouTube

Dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen berbayar, Chan Siu Kwan meletakkan China Selatan di depan seawal minit ke-10 selepas keadaan huru-hara di hadapan pintu gol Pahang.

Selepas rehat, China Selatan meneruskan serangan mereka ke gawang Pahang dan diberikan ganjaran apabila Lo Kong Wai menjaringkan gol ke-2 pada minit ke-56.

Tiga minit kemudian, pemain naturalised Hong Kong Jonathan Jack berjaya melepasi pertahanan Pahang untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd Khalid untuk gol yang ke-3 .

mujurlah Dickson Nwakaeme berjaya menjaringkan gol pada minit ke-62 selepas menyambungkan hantaran dari Matias Conti sebagai gol saguhati untuk pasukan pahang.

KELAYAKKAN PIALA DUNIA 2018 / PIALA ASIA 2019

Mampukah Malaysia mengharungi kelayakkan piala dunia 2018/Piala asia 2019.?? Semuanya akan terjawap apabila sepak mula dijalankan. Sesi undian Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 telah berlangsung pada 14 April 2019. Malaysia diundi dalam kumpulan A dan bakal bertemu pasukan dari UAE, Saudi Arabia, Palestine dan Timur Leste.


Tuesday, 7 April 2015

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA


Pertemuan saingan dalam suku akhir pertama kejohanan bola sepak piala FA telah berlangsung pada 07/04/2015 menyaksiakan 3 perlawanan telah berlangsung. Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut:

Pahang vs Pulau Pinang
(sumber You Tube)

1- Pahang VS P. Pinang (2-0)
Hafiz kamal, m-7(pahang)
Dickson Nwakaeme, m-13(pahang)

Sime Darby FC VS Kelantan
(Sumber Youtube)

2- Sime Darby FC VS Kelantan (1-1)
Erwin Carillo m-44 (Kelantan)
Nemanja Vidakovic, m45+1 (Sime Darby FC)

Terangganu VS Perak
(Sumber Youtube)

3- Terangganu VS perak (1-1)
Paulo Rangel (pen), m-90+5 (terangganu)
Zubir Azmi(gs), m-44 (perak)




Satu lagi saingan suku akhir pertama Piala FA akan berlangsung pada 08/04/2015 antara JDTII VS LIONS XII di Stadium jalan besar, Singapura pada 7.45mlm.



Monday, 6 April 2015

SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA






Suku akhir pertama Piala FA akan berlangsung pada 07/04/2015. Pasukan manakah akan layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya dinobatkan juara Piala FA. Saksikan siaran langsung seperti berikut:

1- LIVE RTM TV1 - PAHANG VS PULAU PINANG
(Stadium darul makmur 8.45mlm)

2- LIVE TV9 - KL SIME DARBY FC VS KELANTAN
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang 8.45mlm)

3- TERANGGANU VS PERAK
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 8.45mlm)

8 April 2015 (Suku akhir pertama)
LIONS XII FC VS JDT II
(Stadium Jln Besar Singapura 7.45mlm)

Semoga perjalanan perlawanan akan berlangsung dengan baik dan dinasihatkan para penyokong tidak membawa bahan yang terlarang ke stadium bagi melancarkan perlawanan tersebut.

Majulah sukan untuk negara.






Thursday, 2 April 2015

ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2014




Majlis anugerah bola sepak telah berlangsung dengan gahnya di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 13 November 2014. 14 ketagori dipertandingkan.



Keputusan penuh anugerah tersebut:

Persatuan Bola Sepak Terbaik:
– Persatuan Bola Sepak Pahang

Kelab Bola Sepak Terbaik:
– Johor DT FC

Kelab Penyokong Terbaik:
– Johor DT

Anugerah Fair Play:
– Terengganu

Pemain Muda Terbaik:
– Mohd. Farhan Roslan (Kedah)

Jurulatih Terbaik:
– Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Pemain Import Terbaik:
– Ali Ashfaq (PDRM)

Penjaga Gol Terbaik:
– Khairul Azhan (Pahang)

Pertahanan Terbaik:
– Razman Roslan(Pahang)

Pemain Tengah Terbaik:
– Mohd.Badhri Mohd.Radzi (Kelantan)

Penyerang Terbaik:
– Mohd. Norfarhan (Terengganu)

Pemain Paling Bernilai :
– Khairul Azhan Mohd.Khalid (Pahang)

Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pembakar semangat buat pemain tempatan untuk beraksi dengan lebih cemerlang. Kekalkan momentum kecemerlangan tersebut untuk pergi lebih jauh dan menaikkan lagi imej pasukan bola sepak negara dipersada antarabangsa.

Wednesday, 1 April 2015

2 Minit Lin Dan menang



Malaysian Open 2015, Lin Dan menang mudah ke atas pemain dari Indonesia iaitu Tommy Sugiarto dalam pertandingan badminton terbuka Malaysia dalam masa 2 minit untuk melangkah ke pusingan ke-2

gambar sekadar hiasan

Kemenangan tersebut diperoleh gara-gara Tommy mengalami kesakitan tulang belakangnya. Ekoran itu Tommy menarik diri dari pertandigan tersebut yang membolehkan Lin Dan menang mudah tanpa memerah keringat.

Tommy akan kembali ke Indonesia untuk mendapatkan rawatan.

KAMARA MILIK JDT



Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memperoleh bintang baharu daripada kelab liga sweeden, IFK Norrkoping yang baru berusia 21 tahun. Bintang bola sepak tersebut berasal daripada Sierra Leone. Alhaji Kamara akan menyarungkan jersi JDT secara kontrak pinjaman sehingga Disember 2015 daripada kelab tersebut.

sumber: Youtube

Kamara akan bergandingan dengan Patito dibarisan tengah dan akan memperkuatkan lagi jentera serangan JDT dalam mengharungi baki saingan ke-2 saingan Liga Super Malaysia.