Wednesday 15 April 2015

PAHANG VS SOUTH CHINA (AFC CUP 2015)

15/04/2015 Pahang tewas (1-3) kepada kelab South China di Stadium Mongkok, Hong Kong. Kemenangan itu adalah yang keempat bagi pasukan South China manakala kekalahan yang yang kedua bagi Pahang.



Pahang Vs South China di Stadium Mongkok
Sumber: YouTube

Dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen berbayar, Chan Siu Kwan meletakkan China Selatan di depan seawal minit ke-10 selepas keadaan huru-hara di hadapan pintu gol Pahang.

Selepas rehat, China Selatan meneruskan serangan mereka ke gawang Pahang dan diberikan ganjaran apabila Lo Kong Wai menjaringkan gol ke-2 pada minit ke-56.

Tiga minit kemudian, pemain naturalised Hong Kong Jonathan Jack berjaya melepasi pertahanan Pahang untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd Khalid untuk gol yang ke-3 .

mujurlah Dickson Nwakaeme berjaya menjaringkan gol pada minit ke-62 selepas menyambungkan hantaran dari Matias Conti sebagai gol saguhati untuk pasukan pahang.

No comments:

Post a Comment