Monday 20 April 2015

UDANG LIPAN/ UDANG KETAK

gambar sekadar hiasan

Bagi sesiapa yang pernah mengenali udang lipan tentu suatu perkara biasa, tetapi bagi orang yang tidak pernah melihat atau menikmati udang lipan pasti dianggap pelik. ini kerana rupa bentuk udang ini menyerupai lipan dan menjadi penyebab spesies udang ini dipanggil 'udang lipan'.



Rasa udang ini manis dan enak. Rasanya seakan isi ketam. Bagi mereka yang pernah mencuba sudah pasti telur udang lipan yang menjadi kegemaran mereka kerana keenakan rasanya. Telur udang lipan boleh dilihat pada bahagian belakang udang tersebut yang berwarna oren.

Berhati hati ketika makan kerana kulitnya yang agak keras boleh menyebabkan tangan terluka. Jadi, gunakan gunting untuk memotong bahagian tepi udang tersebut sebelum makan.

Pada suatu ketika dahulu udang lipan hanya dijadikan bahan buangan sekelas dengan baja ikan tetapi sekarang permintaan terhadapnya tinggi terutamanya bagi negara China dan Hong Kong. jadi tidak hairanlah jika udang yang bersaiz 200-300gram seekor boleh mencecah RM300/kg.

Jom kita belajar cara-cara memasak udang lipan

CONTOH RESEPI UDANG LIPAN


BBQ/Grilled Udang Lipan

Bahan-bahan
3 ekor udang Lipan
Garam
Serbuk Lada Hitam
Minyak zaitun
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara-cara
1. Belah udang kepada 2 bahagian.
2. Taburkan garam & lada hitam ke atasnya. Ratakan.
3. Curahkan minyak zaitun & jus limau nipis.
4. Bakar/grill hingga masak.

UDANG LIPAN GORENG

Bahan-bahan
1 kg Udang Lipan
5 ulas bawang putih
1 incu halia
4 sudu tepung gandum (nak bagi garing n rangup)
garam
serbuk kunyit
1 kg minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Siang dan basuh udang lipan. ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia
3. Gaulkan udang dengan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. taburkan tepung gandum. gaul kan.
4. goreng dalam minyak tenggelam hingga garing

No comments:

Post a Comment